Pernahkah kita tidak pernah membuat kesilapan di sepanjang hidup kita?
Sepanjang perjalanan hidup kita sehingga ke hari ini, banyak pengalaman hidup yang sebenar telah diperolehi. Ada yang manis, ada yang pahit, dan sebagainya. Namun bagi meneruskan hidup yang manis atau pahit, kita yang merancang dan semestinya telah ditentukan oleh Pencipta kita yang maha mulia. Tanpa-Nya, siapalah kita. Dia dengar melalui doa kita, doa yang tidak pernah berhenti. Doa bagi kesejahteraan sejagat.
Pernahkah kita tidak berhenti berdoa di sepanjang hidup kita?
Kesilapan pada masa lampau janganlah dibawa ke pada masa kini. Kesilapan teman lain pada masa lampau janganlah dikisah pada masa kini. Teman kita pada masa dahulu tidak semestinya yang sama pada masa sekarang. Kuasa Tuhan lebih mulia dari segala-galanya.
Pernahkah kita tidak pernah kisah tentang kisah teman kita pada masa lampau?
Aku seorang insan yang lemah, namun aku takkan berputus asa pada-Nya. Kerana aku percaya rencana hidup yang diberi oleh-Nya adalah mulia dan bahagia. Selagi aku percaya pada-Nya, aku akan kuat untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam hidup aku. Aku bahagia mempunyai-Nya dalam hatiku, dalam hidupku.
Terima kasih
No comments:
Post a Comment